|
Modul yang diadun dengan team R&D sangat cuba untuk memahami objektif yang handak dicapai untuk impak yang maksimum dalam program 3 hari 2 malam ini. Para peserta yang pernah mengikuti pelbagai jenis training yang cukup hebat dan berpengalaman di Malaysia seperti Fitrah Perkasa, ESQ Training dan sebagainya sangat mencabar bagi kami yang baru setahun jagung ini.
Dimulakan dengan modul Cuci Jangan Tak Cuci yang merupakan asas kepada permasalahan sikap yang datangnya dari hati yang diibaratkan sebagai raja kepada tindak tanduk seseorang, baik hati ini baik lah tindak tanduknya, rosaknya hati ini rosak jugalah tindak tanduknya bahkan memberi kesan yang sangat negatif kepada individu, organisasi bahkan Negara.
Syariah dan suara hati sebagai penapis untuk mengesan sesuatu tindak tanduk samada baik ataupun buruk. Kesemuanya penyakit ini tidak lari dari 3 faktor yang menjadi pemangkin kepada sifat buruk tadi iaitu kedudukan, wanita, dan harta. Ubat kepada penyakit perlu diberi seperti bersedekah, membaca al-Quran, solat malam, dan seumpamanya. Beberapa peserta sangat terharu dan menitiskan airmata dengan aktiviti yang dilakukan sehinggakan lawak dan kecindan tidak lagi bermakna dalam sesi ini. Ada juga yang memeluk trainer hasil terkesan dengan modul yang digarap itu. "Teamwork is The Catalyst that Yields Excellence from shared Strengths" Setelah hati di cuci dengan alat tertentu sebagai senarai semak yang perlu dilakukan selama setahun, ia diperkukuhkan dengan modul Min Aina Ila Aina atau ”Dari Mana Hendak ke Mana” yang menghurai tentang manusia datangnya dari Allah dan pasti akan kembali kepada Allah dan dunia tempat persinggahan sementara ini perlu dimanfaatkan selari dengan matlamat akhir kehidupan ini. Apapun tugas di dunia ini perlulah sentiasa sejajar dengan 2 tujuan utama hidup di dunia iaitu pengabdian diri kepada Allah dan Khalifah Allah. Pencerahan matlamat hidup diberi dan suasana agak serius dan kelam dan ditutup malamnya dengan bersenergi dengan alam maya di waktu malam sebagai muhasabah alam bersendirian kelak. Sedikit komitmen terganggu dan perasaan yang tak keruan beresempena ayahanda tercinta yang menjalani pembedahan mata yang agak serius juga di waktu itu.. Doa dan restu daripada peserta melancarkan lagi perjalanan seterusnya. Trainer yang diamanahkan melangsungkan dengan jayanya hingga ke waktu merehatkan mata di kamar. "One Man can be a crucial ingredient on a Team, but One Man cannot make a Team" Slogan ”One For All, All For One” sentiasa dihayati sepanjang kem ini yang turut dibantu oleh Kem Komanden yang berwajah dan berperawakan tegas. Konsep menghargai dalam satu pasukan diterapkan sepanjang program agar banyak melihat perkara positif pada kawan sekerja berbanding perkara negatif yang tidak berkesudahan. Bahkan perawakan seseorang itu diubah dan diambil supaya menjadi potensi yang sangat bermakna kepada organisasi dan disulamkan pula dengan kemahiran komunikasi asas dalam perhubungan semasa berorganisasi. Ini semua digarap dalam modul ”Kau Boleh” yang menyaksikan bakat-bakat peserta yang terpendam diluahkan dan riuh rendah peserta bersaing mengumpul markah menghangatkan lagi modul yang diperbincangkan. Namun semangat menang-menang diwartakan bersesuaian dengan team building yang hendak diwujudkan. Mahligai Impian yang merupakan kemuncak kepada permasalahan yang hendak dibincangkan bagai tak cukup masa dibuatnya dengan aktiviti sebelumnya yang sangat menguji ketahanan fizikal iaitu explorace smart team building yang meyaksikan seorang peserta yang Allah memberikan hidayah padanya dengan asbab training yang diberikan iaitu meninggalkan terus tabiat merokoknya yang sudah sekian lama diamalkannya. Patahnya putung rokok dan sumpahnya di hadapan kawan seperjuangannya akan meninggalkan rokok itu pasti dinilai oleh Allah SWT walaupun perit dan pucat untuk 2 minggu yang pertama ini. 
Tidak ketinggalan juga persembahan bermodul di kala bulan mengambang sambil menikmati makan malam di tepi kolam renang yang diakhiri dengan solat Isyak berjemaah di atas padang rumput di tepi kolam. Kembali kepada mahligai Impian yang memaparkan ciri organisasi yang ideal dan faktor kepada tercapainya organisasi yang ideal tadi. Ianya dibengkelkan untuk mencari punca permasalahan yang berlaku dalam organisasi dan cadangan jalan penyelesaiannya menurut kuasa yang boleh digarap tanpa menuding jari kepada sesiapa. Kerana orang yang efektif ialah yang bersifat seperti ular dalam lagu ”bangau oh bangau”dan bukannya bersifat seperti binatang lain yang sentiasa menyalahkan keadaan sekeliling punca kepada masalahnya. Peserta agak tergamam apabila diperangkap dengan layanan perasaan mencari kesalahan orang lain, Sebaliknya walaupun ianya tidak dinafikan ada tetapi peserta ditekankan untuk melihat pada diri sendiri dahulu yang mana diri ini telah dicuci hatinya, diberi juga pencerahan matlamat hidupnya, diberi skill melihat perkara positif pada kawannya sebagai satu potensi. Maka lahirlah pada ahirnya satu modul ”SMART TEAMBUILDING” yang akhirnya peserta begitu hiba dan sedih tak kurang juga yang menitiskan airmata ketika mana diupacara penutup sambil dialunkan lagu ketuhanan yang sentiasa dimainkan di bibir-bibir peserta sepanjang program ini. Setiap pertemuan ada perpisahan semoga modul ini dihayati oleh peserta yang telah hadir dan moga anda menjadi ejen perubahan kepada diri dan organisasi anda.
|