|
Setiap orang mungkin ada catatan kenangan peribadi masing-masing berkenaan hari rayanya yang lampau mahupun yang baru dilaluinya.Tidak ketinggalan juga untuk dinukilkan di sini beberapa perkara yang berlaku kepada diriku yang masih sentiasa belajar dan terus belajar tentang kehidupan dan manusia yang bergelar khalifah Allah. Sebelum tu “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin semua”.
Ada 2 kejutan yang bagi sesetengah orang bukan kejutan pun tapi ia tetap kejutan bagi saya walaupun ianya kecil. Pertama ketika sibuk saya beraya lama di kampung sebelah keluarga saya setelah bertahun beraya lama di keluarga sebelah isteri, tiba-tiba dikejutkan dengan satu panggilan misteri. Jeng jeng jeng..Sebelum tahu apakah dan dari manakah panggilan itu, biar dijelaskan mengapa saya sekian lama beraya sakan di rumah ibu bapa sebelah isteri saya. Ini kerana hampir setiap raya Aidilfitri saya dijemput untuk menjadi imam atau membaca khutbah hari raya di kampung tempat lahirku Tanjong Karang Selangor. AJK masjid kampungku sangat menghargai diri ini yang malu untuk dihargai dengan cara memberi penghormatan seperti ini. Tapi harus diingat pentadbiran baru masjid pasca pilihanraya Mac 2008 perlu lebih baik, mesra masjid dan pengguna bahkan mengimarahkannya untuk mendapat tempat di hati masyarakat dan meraih redha Allah. Bukannya sebagai medan membalas dendam dan melepaskan geram kerana Allah sudah mengajar dalam Surah al-Nasr apabila menang perlu banyak bertasbih dan beristighfar bahkan tawadduk seperti tawadduknya nabi di atas untanya ketika memasuki dan membuka Kota Mekah sehingga janggut baginda mencecah unta yang ditungganginya. Opss ke situ pulak…Lalu pelawaan itu (jadi imam/khatib) tidak mampu ditolak dan isteri memahami sangat tentang perkara ini. Tapi jangan silap sangka ye bukan suami menggunakan kuasa veto begitu, tetapi adalah hasil perbincangan. Lagipun isunya bagi kami bukanlah balik kampung mana dulu dan kampung satu lagi ditinggalkan dan mungkin raya tahun depan pula berjumpa, tidak. Tapi isunya ialah nak solat raya kat mana, sebab sejurus lepas solat raya akan pergi pula ke keluarga yang satu lagi, dan rumah tulah yang beraya lama dan sakannya berbanding rumah yang dipilih untuk solat raya tadi. Almaklumlah Tanjong Karang dengan Klang je. 45 minit perjalanan lebih kurang. Eh paham ke ni.? Dah lah gembira sangat dah lama tak sembang panjang dengan keluarga dan kerabat sebelah saya, tetiba panggilan mengejut dari Radio IKIM.FM melalui DJ Ustaz Zamri Zainal Abidin dan DJ Maslina kalau tak silap. Kita dah tak kenal tanyalah siapa kan..Sekali Us Zamri kata macam polis da.. Maaf ustaz ye. ”Malu dibuatnya..(bak kata iklan polident) satu Malaysia dengar. InsyaAllah kalau ada rezeki kita berada dalam satu rancangan lepas ni ye Ustaz Zamri IKIM” yang menggabungkan insya Allah 2 Zamri bak kata Cikgu Abu Hasan Galeri Ilmu. Rupanya nak berkongsi dengan pendengar IKIM.FM apakah aktiviti saya dan makna Aidilfitri pada tahun ini disamping ucapan ringkas..”Jangan selalu buat tau..Nak luruh jantung rasanya”. Keduanya mengenai kanak-kanak yang beraya menziarahi kampungku mahupun rumah ku di Rawang Selayang. Saya berminat dengan budak walaupun adakalanya meletihkan. Mereka saya layan dan sembang secukupnya. Bergelas-gelaslah air dan kuih yang diratah sambil mendengar celoteh dariku. Walaupun saya dilaporkan oleh mereka ada rumah yang tak mahu menerima tetamu raya dari kalangan kanak-kanak ini walaupun mereka nampak yang tuan rumah ada di rumah. Apakah mereka ini bukan manusia yang layak diiktiraf perasaan dan emosinya?! Bahkan mereka yang suci ini tidak pandai berbohong dan adakalanya mempunyai aras intelek yang mengkagumkan. Tetapi kerap kali dimatikan potensi ini dek generasi yang merasakan golongan ini sebagai semak dan seolah tidak layak hidup bersama masyarakat khususnya golongan KRU (Kumpulan Rambut Uban). Sama-samalah kita fikirkan. Saya mengajak mereka berfikir sejenak tentang kehidupan mereka dan ke manakah destinasi akhirnya sambil diselitkan perkenalan dengan keluarga mereka ataupun ibu bapa mereka. Hasil daripada dialog santai itu ramai dikalangan mereka yang termenong dan ada yang berkaca mata mereka menahan sedih dan sebak. Ia juga turut memberi kesan kepada saya yang menerima maklumat balas daripada mereka. Rata-rata mereka tidak solat pada subuhnya dan seolah memandang mudah tentang tiang agama itu. Makluman jujur mereka juga seolah mereka tidak merasakan bahawa alam sekeliling mereka ini adalah ciptaan tadbir Allah yang maha berkuasa untuk khidmat kepada manusia lalu kita pula dicipta untuk khidmat kepada siapa? Saya cuba mengagak yang ini adalah acuan daripada ibu bapanya yang seakan mereka juga. Nyata ianya jangkaan yang tidak begitu meleset. Mereka mungkin hanya sibuk menjalankan rukun hidup yang 5 bak kata Abu Saif iaitu makan, minum, rehat, kerja, kahwin. Saya mungkin suka menambah satu lagi menjadi 6 iaitu berseronok. Boleh tak kita bayangkan bagaimana mentaliti sebahagian besar masyarakat yang tak ubah seperti binatang ternak. Malah ada juga kanak-kanak yang sudah mula risau nak beraya ke rumah saya kerana dihebohkan kononya banyak sangat soalan yang ditanya oleh saya kepada mereka. Agaknya kalau saya hanya buat lawak, gelak-gelak sampai putus urat kentut, relax, tak kisah dengan masa depan agama dan hala tuju hidup mereka, inilah yang mugkin dipuji puja sedangkan seolah saya membiarkan tanpa menghulurkan tangan dan tak mempedulikan yang mereka akan dihumban ke api neraka Allah SWT yang dahsyat itu!! Inilah yang boleh dikaitkan dengan berita baru-baru ini yang mengesahkan budaya membaca masyarakat Malaysia yang tiada nilai ilmu yang tinggi tetapi sekadar bahan picisan yang berbentuk hiburan, cerita tahyul, seks dan seumpamanya menjadi bahan tatapan harian dan sambutan hangat masyarakat. Bayangkan sekali lagi bagaimana kualiti masyarakat Malaysia pada masa akan datang yang saling tak tumpah macam binatang yang berkaki empat yang tidak mempunyai akal. Saya terus dikejutkan dan sedih dengan aduan mereka yang mendedahkan tanpa saya meminta bahawa ada dikalangan bapa mereka yang menjadikan ibu mereka seperti haiwan dengan menyeret mereka keluar dari rumah dihadapan anak-anak, memijak perut mereka,menampar, mendera, dan mahu bercerai tidak seberapa hari lagi. Bahkan ibu yang baik pernah memberi si suami yang berhati syaitan ini senaskah al-Quran untuk dibaca tetapi dibaling dan dicampak sambil mendakwa nak menukar agama kepada agama yang lain. Bukan itu sahaja tetapi kerap pula minum arak, main perempuan, tukar-tukar kerja dan sanggup menghumban anak kecil yang cuba meleraikan pergaduhan suami isteri ini sehingga mencederakan kepada anak yang terhantuk ke almari yang berpaku. Aduh…manusia kah ini!! Syaitan pun terpegun gamaknya melihat manusia keji ini. Ini membuatkan saya menenangkan anak kecil ini dengan memeluk erat mereka yang saya faham mendambakan pelukan seorang yang bernama ayah yang penyayang sambil memberi kata-kata semangat untuk terus bangun maju dalam kehidupan dunia dan akhirat mereka sebelum mereka melangkah keluar dari rumah saya. Janganlah kita bersikap seperti orang yang bermonolog “Apa yang boleh saya buat.. mak bapak saya dah begitu” seolahnya menyatakan mak bapak dah macamtu, saya anak dia logik la jadi jahat atau lebih jahat daripada mereka. Tetapi jadilah orang yang bermonolog “Apa yang boleh saya buat.. mak bapak saya dah begitu”.. dengan nada yang berbeza seolah menyatakan bahawa memang dah mak bapak saya begitu nak buat macammana. biarlah mereka begitu, akan tetapi aku perlu mengubah nasib diriku dan perlu bangun dari kepompong kegelapan yang aku berada di dalamnya ketika ini. Jawapan yang sama tetapi makna yang sangat berbeza. Rasa semangat pula nak membuat lebih giat tentang kursus parenting skills bersama Abu Saif tahun depan.. Kesimpulannya bolehlah diringkaskan kepada isi-isi penting seperti di bawah ini:- 1) Mengumpat dibenarkan dalam keadaan tertentu khususnya untuk memberikan peringatan tentang perkara yang bahaya kepada umat Islam. 2) Hubungan kekeluargaan perlu disemai dan ianya salah satu sumber kebahagiaan di dunia yang fana ini. 3) Jangan sombong dan bertindak tidak rasional bila memiliki kuasa dan tampuk pemerintahan. 4) Jangan mendiskriminasi golongan kanak-kanak yang lebih suci dosa dan hatinya dan merekalah cermin kepada ibu bapa yang bertanggungjawab mengYahudikan, meNasranikan atau meMajusikan mereka. Tambahkanlah ilmu kekeluargaan dari semasa ke semasa. Teruslah bercakap dan berdakwah dengan apa cara sekalipun kerana inilah tugas mulia para nabi. Sesungguhnya masyarakat di luar sana banyak lagi yang perlu dibimbing ke jalan yang diredhai Allah. |