|
Pelajar SMKTSM Yang Gemilang |
|
Minggu lalu, pada 19 dan 20 Julai 2008 team MANTOP bersama Ustaz Zamri ke Dusun Eco Resort, Bentong Pahang untuk memenuhi jemputan Ustazah Ismawati daripada Sekolah Menengah Taman Sri Muda, Shah Alam bagi mengendalikan program Kem Motivasi Persatuan Pelajar Islam Cemerlang. Peserta-peserta program ini terdiri daripada pelajar-pelajar Muslim tingkatan 3 dan 5 yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM pada tahun ini. Untuk program ini, Ustaz Zamri menggunakan modul “7 Ciri Kejayaan Hakiki” yang terdiri daripada elemen-elemen berikut:- 1. “Fokus, Jangan Tak Fokus” 2. “Tak Nak!” 3. “Hartaku Bukan Milikku” 4. “Jangan Sampai Pecah” 5. “Jangan Lupa Solat!” 6. “Sempurnakan Amanahmu” 7. “Bukan Pewaris Jari Hantu” Ingin tahu kandungan modul ini? Boleh tanya kepada peserta-peserta program ini. Atau hubungi kami untuk mengadakannya di tempat anda! Pagi di Dusun Eco Resort menanti kehadiran para peserta
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Program Sehari Smart Solat |
|
Program Smart Solat ini dianjurkan oleh Ana Edar Sdn Bhd pada 5 Julai 2008 lalu, dengan mengundang Ustaz Zamri dan team MANTOP Training Consultancy bagi mengendalikan bengkel tersebut, bertempat di Dewan Serbaguna Ana Edar, Gombak. Seramai kira-kira 150 peserta lelaki dan perempuan dalam lingkungan umur 10 – 18 tahun telah menghadiri bengkel sehari ini, bagi me”mantop”kan pemahaman mereka tentang solat. Modul Smart Solat yang dirangka khusus ini mengandungi beberapa slot utama yang mengandungi teori dan praktikal. Sepanjang kursus ini para peserta didedahkan tentang cara-cara solat berpandukan sunnah Rasulullah.
|
|
Baca lagi...
|
|
 "Apakah hukum bercinta dalam islam? Maksud saya bercinta sebelum kahwin. Seperti belia yang kebanyakan di zaman ini. Ada yang cakap hukumnya boleh selagi tidak melanggar batas-batas syariat, kerana cinta adalah fitrah manusia. Ada pula yang cakap cinta sebelum kawin tidak boleh..menggunakan hujah "Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)" (Al-isra : 32). Kalau difikirkan, bercinta sebelum kahwin mendatangkan banyak cabaran dan mudah melalaikan seseorang. Apa pandangan ustaz?" Emel seumpama di atas, biasa memasuki kotak emel Ustaz.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Ustaz Zamri Bersama Guru-guru Agama Gombak |
|
Bertempat di Sekolah Rendah Agama Nurul Iman, Selayang Baru, pada 21 Jun yang lalu, Ustaz ZAmri telah diundang untuk mengendalikan program “Kursus Pendekatan Pembelajran dan Pengajaran (P&P) Al-Quran, Tajwid Dan Hafazan”. Program yang berlangsung selama sehari ini dihadiri oleh kira-kira 90 orang guru-guru agama yang mengajar di sekolah-sekolah agama rakyat di dalam zon Gombak. Kursus ini bertujuan untuk memantapkan lagi skil dan kemahiran guru-guru berkenaan tentang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi meningkatkan minat pelajar untuk belajar al-Quran, tajwid dan hafazan.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Team MANTOP Dan Ustaz Zamri Berprogram Bersama Ana Edar Sdn Bhd. |
|
Minggu lalu, Ustaz Zamri telah diundang oleh sebuah syarikat MLM bumiputera, Ana Edar Sdn Bhd untuk menjayakan program Motivasi Kejayaan Hakiki untuk peserta-peserta yang berusia daripada 10 tahun hingga 18 tahun yang berjumlah kira-kira 130 orang. Program ini berlangsung sehari suntuk daripada jam 8.30 hingga 5 petang dikendalikan oleh Ustaz Zamri sepenuhnya sambil dibantu oleh beberapa orang fasilitator. Modul “Motivasi Al-Quran: Motivasi Kejayaan Hakiki” telah digunakan di dalam program ini mendapat perhatian yang baik daripada para peserta. Rata-rata peserta memberi respon positif ke atas program ini.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Assalamualaikum buat semua pelawat-pelawat laman web www.ustaz-zamri.com, Untuk pengetahuan semua, siri MARI MENGAJI yang pernah mendapat sambutan yang hangat daripada rakyat Malaysia pada tahun lalu, kembali dengan musim yang baru, suasana yang baru, pelajar-pelajar yang baru, dengan ustaz yang sama; Ustaz Zamri! Tidak lain, tidak bukan di saluran "dekat di hati" TV 9.  Mari Mengaji..... nostalgia lama  Mari Mengaji ...... nantikan kehadirannya!
|
|
|
|